SK Tapah

Sekolah Kebangsaan Tapah, Jalan Empangan Sultan Mahmud, 21700 Kuala Berang, Terengganu

Sunday, 16 October 2016

Program PASCA UPSR 2016

Setiap tahun Unit Kurikulum dan Ko-Kurikulum dengan kerjasama Jawatankuasa UPSR telah merangka dan menjalankan aktiviti untuk murid-murid Tahun Enam. Aktiviti-aktiviti yang dikelolalakan saban tahun adalah sebagai wadah bagi mengisi masa yang berfaedah untuk murid-murid selepas UPSR. Setiap aktiviti yang dirancang menjurus kepada kesesuaian aktiviti murid yang menepati Falsafah Pendidikan Negara. Dua pengisian besar yang dimurnikan dalam program tersebut iaitu melibat Aktiviti Dalaman dan Aktiviti Luaran.

OBJEKTIF PROGRAM
1. Memberi dorongan dan keyakinan kepada murid agar mereka mampu menyelesaikan sesuatu masalah.
2. Menyedari bahawa anak-anak adalah generasi yang perlu disemai mengikut peredaran zaman agar mereka tidak lari daripada landas- landas agama
3. Mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang menarik dan menggalakkan interaksi social secara lebih positif.
4. Memupuk semangat bekerjasama dan setia kawan dalam kumpulan di dalam masa yang sama menerapkan gaya kepimpinan.
5. Memberi pengalaman baru, mengasah bakat dan menonjolkan kreativiti serta kemahiran yang terpendam.

6. Untuk menarik minat murid-murid supaya rajin hadir ke sekolah disamping membasmi anggapan tempoh belajar telah habis dengan berakhirnya ujian UPSR
Seri Berang Fun Race yang dianjurkan oleh SK Seri Berang disertai oleh Najihah Sofea bt Abd Manan, wakil SK Tapah.

Murid murid Tahun 6 mempelajari sembelihan dalam Islam

 
Program Khidmat Bakti Masyarakat
Membersihkan rumah warga tua di Kampung Tapah
Program Khidmat Bakti Masyarakat 
Membersihkan rumah warga tua di Kampung Tapah

Pertandingan Membuat Kuih Tradisional (Buah Melaka/ Onde-onde)

Pertandingan Membuat Kuih Tradisional (Buah Melaka/ Onde-onde)


Sambutan Bulan Kebangsaan Malaysia #sehatisejiwa

Pelancaran sambutan Bulan Kebangsaan  : 25 Ogos 2016
Tema : Malaysia #sehatisejiwa

Aktiviti: Pertandingan  Kelas Merdeka
Pertandingan pakaian Kebangsaan Terbaik 
Pertandingan basikal Merdeka 
Persembahan Lagu Patriotik









Saturday, 16 July 2016

Majlis Sambutan Aidilfitri SK Tapah 2016

Majlis Sambutan Aidilfitri SK Tapah 2016
Khamis , 14 Julai 2016
11.00 pagi
VIP Jemputan : 
YB Dato' Hj Rozi bin Mamat, ADUN Telemong
 Pegawai Perhubungan Sekolah PPD Hulu Terengganu, En. Mohd Farid bin Yunus
Puan Noor Anida, Pengurus Bank Rakyat Cawangan Kuala Berang

Tentatif :

  • Guru dan murid berkumpul di dewan
  • Bacaan doa 
  • Ucapan aluan Guru Besar SK Tapah
  • Ucapan PPD Hulu Terengganu
  • Penyerahan mock cheque sumbangan zakat Bank Rakyat Kuala Berang kepada murid miskin
  • Persembahan murid
  • Persembahan guru
  • Murid sedondon
  • Pakaian Glamor Raya murid dan guru
















Majlis Khatam Al-Quran SK Tapah 2016 #MalaysiaNgaji

Satu Jam Bersama Al Quran
29 Jun 2016 / 24 Ramadhan 1437H
#MalaysiaNgaji
11.00 pagi






Iftar Perdana SK Tapah

Majlis Berbuka Puasa SK Tapah 2016
Selasa, 21 Jun 2016
6.30 ptg - 9.30 malam
Dewan Terbuka
Penglibatan : Guru, ibu bapa, semua murid SK Tapah

Tentatif :
  • Gotong royong guru dan ibu bapa menyediakan juadah berbuka
  • Berbuka puasa dengan kurma dan air mineral
  • Solat Maghrib berjemaah
  • Majlis Berbuka Puasa 
  • Solat Isya' berjemaah
  • Solat Tarawikh berjemaah
Pihak sekolah mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas sumbangan seekor lembu sebagai hidangan utama majlis ini. Terima kasih juga kepada ibu bapa yang telah bertungkus lumus menyiapkan juadah berbuka. Hanya Allah yang dapat membalasnya..










Sambutan Hari Guru SK TAPAH 2016

Tarikh : 16 Mei 2016 (Isnin)
Masa : 8.00 - 1.00 ptg
Tempat : Dewan Terbuka
Tema : Guru Pembina Negara Bangsa

Tentatif :










Tuesday, 17 May 2016

Perkhemahan Unit Beruniform 2016


Tarikh : 12 - 14 Mei 2016
Hari : Khamis - Sabtu
Tempat : Tapak perkhemahan Taman Pertanian Negeri, Sekayu
Hulu Terengganu

Hari Pertama


Peserta perkhemahan brtolak ke Sekayu menaiki bas sewa khas



Peserta bekerjasama mendirikan khemah masing-masing mengikut kumpulan


Aktiviti Water Confidence di kolam Taman Pertanian

HARI KEDUA

 Peserta bersolat jemaah sepanjang perkhemahan



Jungle trekking



Pertandingan masakan rimba 


 Aktiviti berkayak di tasik Taman Pertanian Negeri Sekayu
 Penyampaian hadiah kepada pemenang oleh VIP Jemputan Tuan Hj. Abdul Rahman bin Bakar  (Pen. PPD Pngurusan Pembangunan Kemanusiaan) PPD HULU TERENGGANU