SK Tapah

Sekolah Kebangsaan Tapah, Jalan Empangan Sultan Mahmud, 21700 Kuala Berang, Terengganu

Sunday 16 October 2016

Program PASCA UPSR 2016

Setiap tahun Unit Kurikulum dan Ko-Kurikulum dengan kerjasama Jawatankuasa UPSR telah merangka dan menjalankan aktiviti untuk murid-murid Tahun Enam. Aktiviti-aktiviti yang dikelolalakan saban tahun adalah sebagai wadah bagi mengisi masa yang berfaedah untuk murid-murid selepas UPSR. Setiap aktiviti yang dirancang menjurus kepada kesesuaian aktiviti murid yang menepati Falsafah Pendidikan Negara. Dua pengisian besar yang dimurnikan dalam program tersebut iaitu melibat Aktiviti Dalaman dan Aktiviti Luaran.

OBJEKTIF PROGRAM
1. Memberi dorongan dan keyakinan kepada murid agar mereka mampu menyelesaikan sesuatu masalah.
2. Menyedari bahawa anak-anak adalah generasi yang perlu disemai mengikut peredaran zaman agar mereka tidak lari daripada landas- landas agama
3. Mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang menarik dan menggalakkan interaksi social secara lebih positif.
4. Memupuk semangat bekerjasama dan setia kawan dalam kumpulan di dalam masa yang sama menerapkan gaya kepimpinan.
5. Memberi pengalaman baru, mengasah bakat dan menonjolkan kreativiti serta kemahiran yang terpendam.

6. Untuk menarik minat murid-murid supaya rajin hadir ke sekolah disamping membasmi anggapan tempoh belajar telah habis dengan berakhirnya ujian UPSR
Seri Berang Fun Race yang dianjurkan oleh SK Seri Berang disertai oleh Najihah Sofea bt Abd Manan, wakil SK Tapah.

Murid murid Tahun 6 mempelajari sembelihan dalam Islam

 
Program Khidmat Bakti Masyarakat
Membersihkan rumah warga tua di Kampung Tapah
Program Khidmat Bakti Masyarakat 
Membersihkan rumah warga tua di Kampung Tapah

Pertandingan Membuat Kuih Tradisional (Buah Melaka/ Onde-onde)

Pertandingan Membuat Kuih Tradisional (Buah Melaka/ Onde-onde)


No comments:

Post a Comment