HARI PENDAFTARAN SESSI PERSEKOLAHAN TAHUN 2018
TARIKH : 30 DISEMBER 2017
TEMPAT : DEWAN SK TAPAH
MASA : 8.30 - 12.30
AKTIVITI :
1. PENDAFTARAN PELAJAR-PELAJAR BAGI SESSI PERSEKOLAHAN 2018
2. MAJLIS SUAI-KENAL ANTARA IBU-BAPA DAN GURU-GURU
3. TAKLIMAT TENTANG SESSI PERSEKOLAHAN TAHUN 2018
SK Tapah
Sekolah Kebangsaan Tapah, Jalan Empangan Sultan Mahmud, 21700 Kuala Berang, Terengganu
Monday, 8 January 2018
Sunday, 16 October 2016
Program PASCA UPSR 2016
Setiap tahun Unit Kurikulum dan Ko-Kurikulum dengan kerjasama Jawatankuasa UPSR telah merangka dan menjalankan aktiviti untuk murid-murid Tahun Enam. Aktiviti-aktiviti yang dikelolalakan saban tahun adalah sebagai wadah bagi mengisi masa yang berfaedah untuk murid-murid selepas UPSR. Setiap aktiviti yang dirancang menjurus kepada kesesuaian aktiviti murid yang menepati Falsafah Pendidikan Negara. Dua pengisian besar yang dimurnikan dalam program tersebut iaitu melibat Aktiviti Dalaman dan Aktiviti Luaran.
OBJEKTIF PROGRAM
1. Memberi dorongan dan keyakinan kepada murid agar mereka mampu menyelesaikan sesuatu masalah.
2. Menyedari bahawa anak-anak adalah generasi yang perlu disemai mengikut peredaran zaman agar mereka tidak lari daripada landas- landas agama
3. Mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang menarik dan menggalakkan interaksi social secara lebih positif.
4. Memupuk semangat bekerjasama dan setia kawan dalam kumpulan di dalam masa yang sama menerapkan gaya kepimpinan.
5. Memberi pengalaman baru, mengasah bakat dan menonjolkan kreativiti serta kemahiran yang terpendam.
6. Untuk menarik minat murid-murid supaya rajin hadir ke sekolah disamping membasmi anggapan tempoh belajar telah habis dengan berakhirnya ujian UPSR
6. Untuk menarik minat murid-murid supaya rajin hadir ke sekolah disamping membasmi anggapan tempoh belajar telah habis dengan berakhirnya ujian UPSR
![]() |
| Seri Berang Fun Race yang dianjurkan oleh SK Seri Berang disertai oleh Najihah Sofea bt Abd Manan, wakil SK Tapah. |
![]() |
| Program Khidmat Bakti Masyarakat Membersihkan rumah warga tua di Kampung Tapah |
![]() |
| Program Khidmat Bakti Masyarakat Membersihkan rumah warga tua di Kampung Tapah |
![]() |
| Pertandingan Membuat Kuih Tradisional (Buah Melaka/ Onde-onde) |
![]() |
| Pertandingan Membuat Kuih Tradisional (Buah Melaka/ Onde-onde) |
Sambutan Bulan Kebangsaan Malaysia #sehatisejiwa
Pelancaran sambutan Bulan Kebangsaan : 25 Ogos 2016
Tema : Malaysia #sehatisejiwa
Aktiviti: Pertandingan Kelas Merdeka
Pertandingan pakaian Kebangsaan Terbaik
Pertandingan basikal Merdeka
Persembahan Lagu Patriotik
Saturday, 16 July 2016
Majlis Sambutan Aidilfitri SK Tapah 2016
Majlis Sambutan Aidilfitri SK Tapah 2016
Khamis , 14 Julai 2016
11.00 pagi
VIP Jemputan :
YB Dato' Hj Rozi bin Mamat, ADUN Telemong
Pegawai Perhubungan Sekolah PPD Hulu Terengganu, En. Mohd Farid bin Yunus
Puan Noor Anida, Pengurus Bank Rakyat Cawangan Kuala Berang
Tentatif :
- Guru dan murid berkumpul di dewan
- Bacaan doa
- Ucapan aluan Guru Besar SK Tapah
- Ucapan PPD Hulu Terengganu
- Penyerahan mock cheque sumbangan zakat Bank Rakyat Kuala Berang kepada murid miskin
- Persembahan murid
- Persembahan guru
- Murid sedondon
- Pakaian Glamor Raya murid dan guru
Iftar Perdana SK Tapah
Majlis Berbuka Puasa SK Tapah 2016
Selasa, 21 Jun 2016
6.30 ptg - 9.30 malam
Dewan Terbuka
Penglibatan : Guru, ibu bapa, semua murid SK Tapah
Tentatif :
- Gotong royong guru dan ibu bapa menyediakan juadah berbuka
- Berbuka puasa dengan kurma dan air mineral
- Solat Maghrib berjemaah
- Majlis Berbuka Puasa
- Solat Isya' berjemaah
- Solat Tarawikh berjemaah
Pihak sekolah mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas sumbangan seekor lembu sebagai hidangan utama majlis ini. Terima kasih juga kepada ibu bapa yang telah bertungkus lumus menyiapkan juadah berbuka. Hanya Allah yang dapat membalasnya..
Sambutan Hari Guru SK TAPAH 2016
Tarikh : 16 Mei 2016 (Isnin)
Masa : 8.00 - 1.00 ptg
Tempat : Dewan Terbuka
Tema : Guru Pembina Negara Bangsa
Subscribe to:
Posts (Atom)























































